Thursday, November 3, 2011

Kenapa Teknologi ini penting pasa zaman sekarang?

Teknologi merupakan salah satu objek masa depan yang kian menjadi tumpuan negara-negara maju serta berinovasi yang mengehadkan pengunaan modal insan. Tanpa teknologi,tiadalah manusia. Ini kerana,melalui teknologi ramai bayi yang tidak boleh dilahirkan secara tradisional atau normal, boleh dikatakan teknologi canggih berjaya membuat demikian.

Berhubung dengan itu, teknologi juga melahirkan berpuluh-puluh saintis yang secara rasminya memberi pelbagai kebaikan kepada manusia di seluruh negara melalui penciptaan teknologi mereka. sebagai contoh, pengunaan komputer tidaklah sempurna jika tiada saintis melancarkan 'Windows' yang sesuai. begitu juga dengan 'software-software' yang lain. walaubagaimanapun, jika terdapat banyak kebaikan teknologi kepada manusia. manusia bertindak untuk melakukan kesilapan atau berfikiran pentingkan diri sendiri. antaranya, perkara yang berkaitan mengenai sahsiah dan disiplin.

Langkah pertama, untuk memahami teknologi,kita perlulah mempelajari teknologi dengan betul supaya kita tidak bertindak untuk manupulasi teknologi yang sedia ada untuk kegunaan sendiri. sebagai contoh, seseorang pelajar itu perlulah mengetahui selok-belok mengenai teknologi sebelum pandai menggunakannya. Langkah kedua pula,untuk mengatasi sahsiah dan akhlak manusia supaya tidak binasa, ibubapa merupakan seseorang yang mengambil tanggungjawab yang amat penting. sebelum membiarkan anak menceburi bidang teknologi atau apa-apa bidang yang berkaitan dengan teknologi, ibubapa perlulah mengetahui secara am mengenai teknologi tersebut. seterusnya, pengaruh rakan yang merupakan aspek yang paling tinggi mempengaruhi seseorang itu sehingga terjebak dengan masalah sahsiah dan disiplin. pengaruh rakan-rakan yang mempunyai latar-belakang keluarga yang tidak baik serta negatif membolehkan anak--anak terpesong ke kancah masalah sosial yang kian meninggi di negara-negara membangun seperti kes rogol, dadah dan sebagainya. selain itu,pendidikan di sekolah amat penting dari segi pembentukan sahsiah anak-anak. ini kerana, melalui sekolah,ilmu diberi dan dididik. jika didikan guru disalahgunakan,maka seluruh masa depan seseorang pelajar itu akan musnah sama sekali.

kesimpulannya,seseorang itu perlulah berfikiran matang dan rasional untuk mencapai usaha-usaha kerajaan serta demi kebaikan diri sendiri pada masa hadapan.

2 comments:

  1. Hai.

    Penggunaan teknologi sememangnya amat meluas pada zaman sekarang. Malah tanpa peralatan teknologi ini, kita tidak mungkin ada semua yang kita punyai sekarang. namun, memang benar bahawa setiap yang baik itu turut mempunyai keburukan tersendiri. Maka, langkah-langkah yang betul haruslah sentiasa diambil untuk mengelakkan sesetengah individu terleka mahupun terus menyalahgunakan teknologi yang sedia ada.

    Antaranya:
    a) Individu harus diterapkan dengan mentaliti yang sihat supaya mereka seentiasa akan mematuhi moral-moral yang betul dalam setiap perkara yang dilakukan.
    b) Sebaran kepada orang awam mengenai kesalahan-kelahan yang berlaku dalam dunia teknologi serta kesan-kesan dan tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka.
    c) Jika perlu, kerajaan boleh membuat satu akta berkenaan penyalahgunaan teknologi, supaya orang-orang yang berkenaan akan berwaspada dan tidak lagi meneruskan perbuatan buruk mereka.

    (^^,)

    Nama: Nurul Farhana Jalani
    Matrik: A128600
    Emel: farrahannaj_89@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. penggunaan teknologi haruslah seimbang. jika seseorang itu 100% bergantung kepada teknologi, akan menyebabkan seseorang itu menjadi malas atau mungkin terlibat dalam jenayah ciber.
    oleh itu, bagi pelajar-pelajar, pihak sekolah haruskan mengawasi pelajar semasa menggunakan komputer supaya dia tidak terjebak dalam aktiviti nagatif atau tidak mencuri maklumat untuk assignment.

    Zainab binti ibrahim
    A129231

    ReplyDelete